Contact Form

 

Aci Sep (Main Libak)

ACI SEP

Di Pulau Pinang Permainan Aci Sep (Safe) dipanggil Aci Lup Sep, manakala di daerah tertentu di Perak dan Kedah, permainan ini dinamakan Aci Sep atau Aci Cup. Walaupun panggilannya berbeza, cara permainan ini agak sama, seperti juga dengan Permainan Aci atau Tur (seperti yang dipanggil di Terengganu dan Kelantan). Tujuannya adalah untuk penguki kepantasan Pengejar menyentuh pemain-pemain lain. Permainan ini sesuai dimainkan pada waktu petang. Permainan ini boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan.

Tempat

Kawasan lapang seperti halaman rumah atau padang. Kawasan permainan hendaklah ditanda atau dihadkan.

Peralatan

Tiada peralatan diperlukan kecuali penanda untuk menandakan kawasan permainan.

Pemain

Bilangan pemain tidak dihadkan tetapi sebaik-baiknya jumlah pemain melebihi enam orang.

Langkah-langkah Permainan

  1. Sebelum permainan dijalankan, undian hendaklah dilakukan bagi menentukan Pengejar Pertama.
  2. Setelah Pengejar dipilih, pemain-pemain lain perlu berada jauh sedikit daripada kedudukan Pengejar.
  3. Permainan bolehlah dimulakan setelah semua ahli bersedia untuk bermain.
  4. Pengejar dikehendaki mengejar dan cuba menyentuh pemain lain dengan tujuan untuk menggantikannya sebagai Pengejar.
  5. Pemain yang dikejar dengan seberapa daya cuba mengelakkan diri daripada disentuh oleh Pengejar.
  6. Untuk mengelakkan diri, pemain yang keletihan dikejar dibolehkan berehat dengan berkata "cup" dan dia dikehendaki duduk bercangkung.
  7. Pemain yang "cup" boleh bermain semula setelah disep (disentuh) oleh pemain lain yang masih hidup, (iaitu dia masih belum disentuh Pengejar).
  8. Pemain yang disentuh oleh Pengejar akan menjadi Pengejar pula. Permainan akan berjalan seperti biasa dengan Pengejar yang baharu.

Peraturan Permainan

  1. Pengejar hanya perlu menyentuh seorang pemain sahaja untuk menggantikannya menjadi Pengejar yang baharu.
  2. Permainan akan terus berjalan dengan cara yang sama. Walaupun mempunyai Pengejar yang baharu, Pengejar yang lama akan kembali menjadi pemain biasa (pemain yang dikejar).
  3. Pemain yang keletihan apabila dikejar oleh Pengejar merehatkan diri ataun menyelamatkan diri dengan cara duduk dan mengucapkan perkataan "cup".
  4. Pemain yang "cup" tidak boleh mengubah tempat duduknya dan bermain semula apabila disentuh oleh Pengejar, pemain ini dikira sebagai mati.
  5. Pemain yang mati boleh bermain semula sekiranya dia disentuh oleh pemain yang lain (pemain yang hidup). Cara ini dinamakan "sep".
  6. Sekiranya semua pemain telah mati atau "cup", Pengejar perlu mencari satu kedudukan yang membolehkan dia nampak pemain-pemain yang sedang bercangkung.
  7. Pengejar akan membilang 1,2,3 sambil tumpuan matanya ke arah semua pemain.

Total comment

Author

Yeo Ho Yeon

0   comments

Cancel Reply